Powered By Blogger

Wednesday, April 21, 2021

Makanan Tradisional Negeri Terengganu

MAKANAN TRADISIONAL YANG PATUT  DICUBA JIKA MENGUNJUNGI KE NEGERI TERENGGANU

So haiiiii selamat datang ke blog untuk food hunter sekalian yang masih tercari-cari menu apakah yang patut anda semua cuba apabila berkujung ke Negeri Terengganu๐Ÿ‘‹๐Ÿ˜


1.Nasi Dagang Atas Tol




Nasi dagang Terengganu secara kebiasaannya, diperbuat daripada campuran beras biasa dan beras pulut dan dimasak bersama santan kelapa (dikukus). Bagi lauknya pula, nasi dagang Terengganu dihidangkan bersama kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu ia juga dihidangkan Bersama acar.

Lokasi kedai makan popular semestinya di Nasi dagang atas tol, Kuala Terengganu

            

2. Keropok Lekor



Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu. Perkataan "lekor" bermaksud "lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Warnanya berwarna kelabu dan juga mempunyai bau ikan. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah sos cili yang pedas.

Sebenarnya, keropok lekor ini boleh didapati di setiap daerah di negeri Terengganu malah diseluruh negeri

Tempat yang paling popular untuk mendapatkan keropok lekor adalah:

1. Keropok Lekor Bukit Tok Beng Seberang Takir

2. Kuala Terengganu, Keropok Lekor Mengabang Tapah, Setiu

3. Keropok Lekor 008 Kelulut, Marang


 3. Satar



Satar adalah makanan ringan tradisional dari negeri Terengganu, Malaysia yang diperbuat daripada ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran kelapa parut dan isi ikan yang ditumbuk bersama cili, bawang dan halia lalu dibalut dalam daun pisang dan dibentukkan segi tiga piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api. Teksturnya seperti otak-otak iaitu salah satu kek ikan Malaysia.

Satar haruslah tidak boleh dikelirukan dengan sate, satu lagi hidangan lain yang popular di Malaysia.

Tempat terbaik dan popular di Terengganu untuk mendapatkan satar yang sedap adalah di warung aziz satar di Kemaman Terengganu.



4. Rojak kateh kaki lembu



Rojok Kateh atau rojak Kateh kelihatan seperti hidangan asam pedas. Kuahnya berwarna merah dan rasanya pula adalah masam serta pedas. Ia merupakan hidangan istimewa masyarakat Terengganu setiap tahun menjelang musim ibadah korban.

Tempat makan yang popular menyediakan rojak kateh ini ialah restoran lempeng, Rusila

5. Kayu keramat



Kuih keramat atau juga dikenali sebagai kuih kayu keramat merupakan sejenis kuih tradisi di Terengganu. Ia menyerupai Cakoi tetapi pada kebiasaannya adalah lebih manis berbanding Cakoi. Selain itu, Cakoi dibuat lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak padat dan berat sikit dan boleh dimakan begitu sahaja. Selain itu, kayu keramat juga ada terdapat dijual dalam bentuk dingin beku.

Tempat makan yang patut dikunjungi:

  1. Kedai kayu keramat
  2. Roti binjai legend (kayu keramat gergas
  3. Roti keramat kak yah

6. Nasi Kerabu



Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam. Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara.

 

Tempat makan yang patut dikunjungi:

1, Fauzi Nasi Kerabu

 2. Nasi Kerabu Losong

 3. Pok Din Nasi Kerabu



7. Nekbat



Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di  Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.Istilah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.


Tempat yang paling popular untuk mendapatkan kuih nekbat adalah:

1. Nekbat Warisang Pulau Musang Kuala Terengganu


8. Kuih Menganang atau nganang




Kuih menganang atau nganang adalah kuih tradisi orang Terengganu, tapi jangan silap pulak ada kuih seperti ini yang hampir sama iaitu kuih bakar. Terdapat 3 jenis kuih menganang iaitu kuih menganang beras, kuih menganang telur dan kuih menganang kacang. Rasa kuih menganang telur adalah seperti kuih akok cuma bentuknya dalah lebih besar. Beza kuih menganang dan kuih bakar pula ialah kuih menganang rasanya lebih lemak dan manis mungkin kerana terdapat banyak telur dan santan di dalam nya berbanding kuih bakar yang rasanya kurang lemak sedikit berbanding kuih menganang.

 Tempat yang paling popular untuk mendapatkan kuih  ini adalah:

1. Gerai Kuih Che Tar

Jalan Sultan Sulaiman

Pengurus Gerai : En Mokhtar

2. Gerai Kuih Gong Kapas

Jalan Panji Alam
Pengurus Gerai : Tengku Ahmad



9. Bubur Asyura atau sughe




Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan. Ia biasanya dibuat pada tanggal 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.  Bubur Asyura yang dimasak perlu menggunakan 10 jenis bahan. Sekiranya bahan – bahan yang digunakan adalah lebih atau kurang, maka bubur tersebut tidak dipanggil sebagai Bubur Asyura. Bubur Asyura di negeri Terengganu mempunyai rasa rempah, dicampur pula dengan hirisan daging, kekacang, ubi dan bermacam lagi. Bubur ini berwarna gelap seakan warna hitam dan ia agak kental seakan puding. Rasanya yang lemak, manis serta berempah sangat enak dinikmati. 

Tempat yang paling popular untuk mendapatkan bubur  ini adalah:
  1. Cik Aishah Kedai Rempah 



10. Kuih Loklik
 



Kuih Loklik ini mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Ia merupakan kuih tradisional masyarakat Terengganu. Bentuk dan rupa kuih ini agak kurang menarik, namun rasanya yang lemak dan sedikit manis menjadikan ia kuih yang sangat digemari oleh orang tempatan. Kuih ini menggunakan nasi dingin yang kemudiannya dijemur sehinga kering. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak sebelum ditumbuk halus. Terdapat campuran bahan lain seperti kelapa dan gula kabung bagi melengkapkan rasa kuih ini.

Tempat yang paling popular untuk mendapatkan kuih  ini adalah:

1. Gerai-Gerai Kuih Tradisional

Pasar Chabang Tiga

Kuala Terengganu

2. Gerai-Gerai Kuih Tradisional

Pasar Batu Enam

Kuala Terengganu


 Banyak pilihan yang boleh korang pilih untuk makan kan? So tunggu apa lagi datang sini nanti serbu la kedai hehehehe.๐Ÿ˜„๐Ÿ˜†




5 comments:

  1. Terima kasih ats info yg sgt berguna... Ia sgt membantu saya dan sekeluarga untuk mencari makanan traditional di Terengganu

    ReplyDelete
  2. menarik saya dapat tahu banyak perkara tentang makanan di neeri terengganu syabas anak muda ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  3. Wahh menarikk๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป Harap dpt tambah lagi maklumat psl makanan ni yaa ,saya tertarikk nak dtg ganu lps pkp ni๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  4. Terliur nya tgk makanan2 ni !!!! Tk sabar nk pergi sana!!

    ReplyDelete