MAKANAN TRADISIONAL YANG PATUT DICUBA JIKA MENGUNJUNGI KE NEGERI TERENGGANU
So haiiiii selamat datang ke blog untuk food hunter sekalian yang masih tercari-cari menu apakah yang patut anda semua cuba apabila berkujung ke Negeri Terengganu๐๐
1.Nasi Dagang Atas Tol
Nasi dagang Terengganu secara
kebiasaannya, diperbuat daripada campuran beras biasa dan beras pulut dan
dimasak bersama santan kelapa (dikukus). Bagi lauknya pula, nasi dagang
Terengganu dihidangkan bersama kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan
rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya
ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu ia juga
dihidangkan Bersama acar.
Lokasi kedai makan popular semestinya di Nasi dagang atas
tol, Kuala Terengganu
2. Keropok Lekor
Keropok lekor merupakan
sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di
Terengganu. Perkataan "lekor" bermaksud "lingkar" dalam
bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada
"or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok
yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan
sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji.
Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum
direbus didalam air panas. Warnanya berwarna kelabu dan juga mempunyai bau
ikan. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan
berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan
segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah sos cili yang pedas.
Sebenarnya, keropok lekor ini
boleh didapati di setiap daerah di negeri Terengganu malah diseluruh negeri
Tempat yang paling popular
untuk mendapatkan keropok lekor adalah:
1. Keropok Lekor Bukit Tok
Beng Seberang Takir
2. Kuala Terengganu, Keropok
Lekor Mengabang Tapah, Setiu
3. Keropok Lekor 008 Kelulut, Marang
3. Satar
Satar adalah makanan ringan tradisional dari negeri Terengganu, Malaysia yang diperbuat daripada ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran kelapa parut dan isi ikan yang ditumbuk bersama cili, bawang dan halia lalu dibalut dalam daun pisang dan dibentukkan segi tiga piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api. Teksturnya seperti otak-otak iaitu salah satu kek ikan Malaysia.
Satar haruslah tidak boleh
dikelirukan dengan sate, satu lagi hidangan lain yang popular di Malaysia.
Tempat terbaik dan popular di
Terengganu untuk mendapatkan satar yang sedap adalah di warung aziz satar di
Kemaman Terengganu.
4. Rojak kateh kaki lembu
Rojok Kateh atau rojak Kateh
kelihatan seperti hidangan asam pedas. Kuahnya berwarna merah dan rasanya pula
adalah masam serta pedas. Ia merupakan hidangan istimewa masyarakat Terengganu
setiap tahun menjelang musim ibadah korban.
Tempat makan yang popular menyediakan rojak kateh ini ialah restoran lempeng, Rusila
Kuih keramat atau juga dikenali
sebagai kuih kayu keramat merupakan sejenis kuih tradisi di Terengganu. Ia
menyerupai Cakoi tetapi pada kebiasaannya adalah lebih manis berbanding Cakoi.
Selain itu, Cakoi dibuat lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak
padat dan berat sikit dan boleh dimakan begitu sahaja. Selain itu, kayu
keramat juga ada terdapat dijual dalam bentuk dingin beku.
Tempat makan yang patut dikunjungi:
- Kedai kayu keramat
- Roti binjai legend (kayu keramat gergas
- Roti keramat kak yah
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam. Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara.
Tempat makan yang patut dikunjungi:
1, Fauzi Nasi Kerabu
2. Nasi Kerabu Losong
3. Pok Din Nasi Kerabu
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pencuci mulut
yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia,
terutama di Terengganu. Kuih nekbat
biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar
dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat
yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan
menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan
boleh disimpan di dalam peti sejuk.Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan
disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi
bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula
tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk
dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia
akan menjadi kembang dan hancur.Istilah ini juga digunakan bagi menggelar
mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.
Tempat yang paling popular untuk mendapatkan kuih nekbat adalah:
1. Nekbat Warisang Pulau Musang Kuala Terengganu
8. Kuih Menganang atau nganang
Kuih menganang atau nganang adalah kuih tradisi orang
Terengganu, tapi jangan silap pulak ada kuih seperti ini yang hampir sama iaitu
kuih bakar. Terdapat 3 jenis kuih menganang iaitu kuih menganang beras, kuih
menganang telur dan kuih menganang kacang. Rasa kuih menganang telur adalah
seperti kuih akok cuma bentuknya dalah lebih besar. Beza kuih menganang dan
kuih bakar pula ialah kuih menganang rasanya lebih lemak dan manis mungkin
kerana terdapat banyak telur dan santan di dalam nya berbanding kuih bakar yang
rasanya kurang lemak sedikit berbanding kuih menganang.
Tempat yang paling popular untuk mendapatkan kuih ini adalah:
1. Gerai Kuih Che Tar
Jalan Sultan Sulaiman
Pengurus Gerai : En Mokhtar
2. Gerai Kuih Gong Kapas
Jalan Panji Alam
Pengurus Gerai : Tengku Ahmad
- Cik Aishah Kedai Rempah
Pasar Chabang Tiga
Kuala Terengganu
2. Gerai-Gerai Kuih Tradisional
Pasar Batu Enam
Kuala Terengganu
Banyak pilihan yang boleh korang pilih untuk makan kan? So tunggu apa lagi datang sini nanti serbu la kedai hehehehe.๐๐